Tuesday, April 17, 2012

Wajib Berbakti Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum WBT.

Kali ini post tentang kewajiban kita untuk berbuat baik dan berbakti kepada Ibu Bapa kita yang telah melahirkan kita dan membesarkan kita didunia ini DENGAN IZIN ALLAH.

Berbuat baik dan berbakti itu tidak semestinya dengan cara menghulurkan wang ribuan ringgit kepada mereka. Dengan erti kata lain tidak semestinya dalam bentuk wang untuk diberi kepada mereka. Kadangkala mereka yang sudah tua ini lebih memerlukan perhatian iaitu kasih sayang dari anak-anaknya.

Maka, berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa dapat kita berikan dengan sentiasa mengambil tahu akan diri mereka, sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kita kecil. Kita berbuat baik dengan menghubungi mereka dan bertanya khabar mereka. Memberi mereka wang juga salah satu cara kita membalas jasa ibu bapa. Menghormati dan bertutur kata dengan lemah lembut juga merupakan salah satu cara kita untuk menjaga hati mereka. Jikalau kita berjauhan dengan ibu bapa kita, maka kita luangkan sedikit masa untuk menziarahi mereka dan membawa buah tangan untuk menggembirakan mereka. Bantu mereka dalam urusan kerja di rumah juga merupakan salah satu cara berbakti.

Kita sebagai anak-anak dilarang untuk menyusahkan ibu bapa kita. Apa yang dimaksudkan dnegan menyusahkan adalah membebankan fikiran mereka dengan sikap anak-anak yang kurang disenangi.Jika ada masalah keluarga, eloklah kita jangan meluahkan kepada ibu bapa. Berusahalah kita menyelesaikan masalah kita sendiri tanpa melibatkan ibu bapa. Gunalah perantaraan orang yang rapat seperti rakan-rakan untuk meminta pendapat. Janganlah kita jadikan ibu bapa sebagai tempat untuk kita luahkan segala masalah kita, cukuplah mereka membesarkan kita dengan penuh ujian dan kesabaran sehingga kita boleh berdikari.

Di Dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman tentang kewajiban kita berbuat baik kepada ibu bapa.

"Dan Tuhanmu (ALLAH) telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia.
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.
jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' (atau perkataan semacamnya)

dan janganlah kamu membentak mereka

da
n ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."


(QS. Al-Isra’ : 23- 24)





No comments:

Post a Comment