Sunday, September 15, 2013

Rutin.

Assalamualaikum.

Lama sungguh tak menulis dalam blog. Bukan tak de cerita, tapi hakikatnya diri ni memang malas menulis dah.

Sekarang nak cerita pasal rutin. Rutin harian saya sejak kawin ikut suami adalah duduk dirumah. DALAM rumah ok. Ibarat pusing 360 darjah celcius la sebab kehidupan sebelum kawin dan selepas kawin saya memang berubah habis. Kalau sebelum kawin saya sibuk dengan study, kerja, and lain2.Tapi lepas kawin terus berubah jadi wanita tersembunyi.(hehe).

Buat masa ni,saya sorang je kat rumah. Suami sibuk dengan takaza dakwah kat luar. Dia di Marudi sekarang ni. Tapi sebenarnya saya bukanlah sorang dirumah, sebenarnya kata suami sebelum dia bertolak keluar dari rumah pagi tadi, kami dengar ayam berkokok kokok di depan rumah, menunjukkan Allah SWT telah hantar para malaikatNya untuk menjaga saya. (hehehe).

Rutin saya masa suami saya takda,pagi tadi ada la beberapa budak datang belajar english dengan saya. Lepas budak balik,saya baca taalim.Apa tu taalim?

Taalim ni bacaan hadith nabi SAW. Bila dirumah kita ada bacaan hadith,maka Nur hadith akan hadir, dan rumah kita bercahaya umpama bintang2 di langit ketika waktu malam.

Buku hadith yang saya baca tu dalam tulisan jawi,kata suami,perbandingan baca dalam bahasa jawi (bahasa huruf quran) dengan bahasa melayu, bahasa jawi akan lebih "masuk"atau kata lainnya,lebih bagi kesan dalam hati pembaca. Memang betul pun.Bila baca yang kitab jawi punya, hati lebih seronok, dan isinya lebih masuk dalam  hati kita....... 

Sebagai contoh, bahasa inggeris..Dulu kalau kita speak speak, secara tak langsung hati kita rasa megah kan??yela, kita pandai speak, sedangkan ada orang tak pandai.dari situ dah masuk rasa besar diri dalamdiri.

hingga kini, saya azam untuk tak speak speak dalam inggeris lagi.saya tak nak guna bahasa penjajah lagi.AZAM ye.

lepas saya baca taklim tadi,saya baca quran ,selawat munjiyat.zikir pun takhabis lagi.

sedih sebab amal kurang,banyak lalai.

Ok,nanti saya akan sambung tulis lagi dimasa lain.

Jumpa lagi.